Tuesday, November 10, 2009

Majlis UlangTahun Naiktaraf MPM ke-8 dan Pelancaran mySMS 15888 MPM

Hari ini berlangsung bukan satu tapi dua majlis berprestij di MPM. Yang pertama ialah majlis ulangtahun ke-8 naiktaraf MPM menjadi status Perbandaran, dan keduanya pelancaran sistem mySMS 15888 MPM.

Untuk pengetahuan korang MDM telah dinaiktaraf ke MPM pada 1 Ogos 2001. Sistem mySMS pula adalah satu sistem yang membolehkan pelanggan untuk menyemak dan mendapatkan maklumat secara SMS. MPM adalah PBT pertama dalam negeri Perak yang memberi perkhidmatan sedemikian.

Adakah majlis ini berlangsung dengan penuh gemilang? Sudah pasti, dengan izin Allah s.w.t. Dan juga dengan penat lelah warga JTM.

JTM terlibat dalam kawalan skrin tayangan, gimik pelancaran, video ulangtahun dan juga rakaman video. Bahkan JTM telah bertungkus lumus menyiapkan video dan gimik pelancaran sejak beberapa hari sebelum majlis berlangsung lagi.

Untuk gimik kali ini, JTM telah sepakat memilih Baha sebagai objek tarikan. Baha akan beraksi seperti robot dan menyampaikan simkad kepada Yang Dipertua yang seterusnya akan melancarkan gerbang mySMS 15888 MPM.

Pemilihan Baha adalah berdasarkan pengalaman beliau menjadi robot ketika upacara pakaian beragam tahun lepas (walaupun tewas), selain daya tarikan X-Faktor yang beliau miliki. Berikut antara komen-komen penonton selepas majlis tersebut:

"Baha pandai berlakon" - rata-rata warga MPM

"Nasib la muat design baju robot tu" - warga JTM

"Best la Baha muka masuk paper Metro" - Ejam JTKPK

"Baha nampak cute la dengan baju robot ;)" - Cik U Jabatan Khidmat Pengurusan

"
Baha pakai apa pun nampak cute hihi" - Abg Guard??

Seperti biasa, inilah gambar kenang-kenangan:




Aweks IT bertungkus lumus sepanjang malam menyiapkan robot.


Bebudak praktikal turut ringan tulang datang malam untuk membantu.


Ingat bantu saja-saja ke? Siap upah Char Kuey Teow lagi tu, bos belanja.


Aweks-aweks manis tersenyum menyambut hadirin di pintu dewan.


Khidmat jurufoto profesional Nash turut digunakan dengan harapan gambar tidak hilang.


Orang-orang kaya MPM turut bergambar mesra (yg pakai jaket paling kaya).


Tina bertanggungjawab terhadap video gimik dan paparan di skrin putih


"Ada JTM semua beres" ucap Tina sambil menunjukkan tanda bagus.


"Baik punyee..." ujar Baha tersenyum sebelum berpeluh ketiak memakai kostum robot.


Kelihatan susuk tubuh di koridor atas dewan. Bukan hantu, tetapi En. Fizal sedang candid camera. "Sesiapa yang tidak mahu gambar tak senonoh mereka disiarkan, sila masukkan wang perlindungan ke akaun bank saya dengan segera" pesan En. Fizal.


Perasmian mySMS 15888 MPM. Kelihatan Baha dan baju robotnya.


Warga JTM bergambar dengan wakil MAMPU dan syarikat SMS