Monday, November 29, 2010

Praktikal Sesi Jun - Dis 2010 - Yana, Intan & Grace

Salam. Harap maaf kepada yana, intan n grace kerana hari-hari terakhir mereka di JTM lambat diterbitkan di sini. Kepada yana, intan and grace....terima kasih banyak-banyak sepanjang kalian bekerja di sini dan semoga kalian berjaya dalam apa jua bidang yang kalian pilih.

Sesi penyampaian sijil & cenderamata pada 19.11.2010

Nurliyana nadirah Binti Abd Zaki & Intan Syafinaz Binti Abbas

Kedua-dua mereka daripada IPTA yang sama iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia mengambil Jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains & Pengurusan Sistem. Mereka berdua telah berjaya menjalani Latihan Industri di JTM mulai 05hb. Julai hingga 19hb. November 2010.

Grace Sheela A/p Mogan

Beliau adalah salah seorang penuntut Politeknik Sultan Idris Shah yang mengambil Jurusan Diploma Teknologi Maklumat. Beliau telah berjaya menjalani Latihan Industri di JTM mulai 21hb. Jun hingga 19hb. November 2010.

Oleh kerana, minggu tersebut JTM sangat bz dengan berbagai-bagai aktiviti maka, hari-hari terakhir mereka di sini hanya diserikan dengan ucapan dan penyampaian sijil & cederamata sahaja. Tiada makan-makan kerana semua sedang berDIET. Hehehe...Harap maklum.