Hari ini merupakan satu catatan sejarah bagi Jabatan Teknologi Maklumat. Kitaorang dah ada mesin fotostat sendiri hehehe. Actually memang dah lama perancangan kami untuk mengurangkan bilangan pencetak laser di MPM ni. Sebabnya kos toner terlampau tinggi. Hasil kajian mendapati kos cetak mesin fotostat jauh lebih murah berbanding pencetak laser.
Walaupun begitu, bukan kami yang pertama pakai mesin fotostat ni. Banyak jabatan lain di MPM ni yang dah lebih dulu pakai mesin fotostat. Jadi kami cuma riak sendiri je la. Lepas ni tak payah Wati susah2 lagi nak naik tangga pergi fotostat. Budak2 praktikal pun tak payah risau bila Wati laung nama diaorg (pergi fotostat). Pendek kata, semua org bahagia bila adanya mesin ni. Kami pakai jenama Canon IR3300 dan aku beli disewa selama 5 tahun.
Buat sementara waktu, mesin ni diletakkan dalam bilik bos. Dan aku mungkin akan set password dalam masa terdekat. Bukan apa, kalo biar kat luar, dikhuatiri ada kutu lain datang pakai bukan untuk tujuan pejabat. Ntah-ntah nanti Fiza yg rajin duk fotostat surat cinta Abang dia, Baha plak mungkin fotostat gambar2 haiwan Zoo Taiping masa dia pergi dgn ***. Sebagai org yg menjaga bahagian teknikal dan operasi, aku tak boleh biarkan semua operasi tidak sihat tu dari berlaku.
Untuk pengetahuan korg, faktor utama yang memungkinkan penyewaan mesin ini adalah ISO. Disebabkan bos kami, Kak Ina adalah pegawai dokumen ISO, maka secara automatiknya banyaklah kerja2 mencetak dokumen yg akan dilakukan. Kalo nak harapkan pencetak laser, melambunglah kos toner macam sebelum ni. Dan kalo sebelum ni kami terpaksa mengharapkan ehsan mesin fotostat jabatan lain, sekarang tidak lagi. Kini kami boleh berdiri sama tinggi dan kentut sama busuk dengan jabatan2 lain. Itulah aura mesin fotostat.
4 comments:
OK.. Tahniah diucapkan... nampaknya jabatan lu memeng dah semakin canggih daripada pejabat gua.. so nampaknya kentut lu pun dah lebih busuk dari kentut gua..
Hahaha agak kurang sopan komen lu tu..
ooo..oooo...xbek riak ooo kome. tuhan marah. xcaya tanyer ustaz fizal. muahahahaha. kitaowg punyer jabatan ade potostatpn xle riak rope itu.
Bila plak wujudnya ustaz fizal ni??
Post a Comment