Salam semua..
Semalam, semua staf JTM termasuk pelajar praktikal telah meringankan tulang dengan menziarahi Tina di rumahnya. Kisah apa yang telah terjadi pada Tina ada disebutkan dalam post sebelum ini.
Selain melihat keadaan Tina, tujuan utama ziarah adalah untuk menyampaikan sedikit sumbangan wang oleh warga kerja MPM, buah-buahan dan juga produk kesihatan Brand's Innershine.
Kedatangan staf JTM disambut mesra oleh Tina sekeluarga walaupun masih bersedih diatas dugaan yang telah menimpa. Walaubagaimanapun, tiada minuman yang disediakan Tina kepada staf JTM kerana semua masing-masing mengaku berpuasa.
Apapun kami warga JTM mendoakan Tina supaya cepat sembuh dan dapat kembali bekerja secepat mungkin, kerana kerja-kerja di pejabat amatlah banyak dan tidak pernah habis.
Itulah doa ikhlas dari kami :-P.
No comments:
Post a Comment