Hari ini telah berlangsungnya sambutan Hari Kualiti Peringkat Negeri Perak di Dewan Bankuet, Ipoh. MPM telah dijemput menghadiri majlis ini selaku pemenang pertama Anugerah Kualiti Bagi Peringkat PBT Negeri Perak 2009. Selain itu MPM turut memenangi tempat ketiga Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam 2009 dibawah kategori Perubahan Prosedur.
Kakak-kakak, abang-abang, awek-awek dan makcik-makcik kakitangan MPM turut hadir ke majlis ini dengan menaiki sebuah bas mewah yang ditempah khas oleh pihak pengurusan. Rata-rata mereka tersenyum lebar dapat hadir ke majlis berprestij ini bahkan ada yang tanpa segan silu mengakui sampai termimpi-mimpi sejak malam semalam lagi.
Jika makcik-makcik tersebut enak dibuai mimpi malam sebelumnya, warga JTM pula sedang bertungkus lumus membuat persediaan bagi ruang pameran MPM di dewan tersebut. JTM terlibat secara eksklusif dalam pemilihan maklumat untuk dipaparkan, mencetak, menyiapkan papan-papan info, membawa dan menampal maklumat serta mengubahsuai ruang pameran agar kelihatan cantik dan menarik.
Kerja-kerja berat ini telah dimulakan sejak awal pagi. Menjelang malam barulah kereta yang dinaiki secara berhimpit-himpit oleh En. Helmi, Pn. Azlina, Fizal, Baha dan barang-barang pameran bergerak ke Ipoh. Hujan lebat yang turun pada malam itu menyebabkan kereta terpaksa dipandu perlahan dan lambat sampai. Syukurnya tiada yang membuang angin dalam perjalanan.
Apabila tiba sahaja, bagai lipas kudung 4 orang kakitangan berdedikasi ini terus memulakan kerja. Barangan pameran diangkut ke dalam dewan sedikit demi sedikit, papan-papan info mula ditampal dan idea-idea bernas bak Eric Leong mula dilontarkan. Setelah penat memerah otak dan berpeluh ketiak, mereka pulang di waktu embun malam mula membasahi bumi, setelah seharian tidak menjenguk pagar rumah. Esok pagi ada kumpulan lain yang akan menyambung tugas mereka.
Dan pagi ini, segerombolan warga MPM yang menaiki sebuah bas dan beberapa buah kereta telah awal-awal lagi memecut ke Ipoh seolah-olah tidak peduli untuk breakfast lagi. JTM diwakili oleh Cik Fiza dan En. Issa bagi memantau ruang pameran MPM di dalam dewan.
Pn. Azlina, Fizal dan Baha datang lewat sedikit setelah kepenatan malam sebelumnya. Dan seperti biasa dengan adanya sokongan kuat JTM, majlis pasti berjalan lancar, Alhamdulillah. Kemudian warga MPM dibawa oleh pihak pengurusan menikmati makan tengahari di Restoran Nasi Padang (belakang Greentown Mall) bagi meraikan kejayaan bersama.
Di bawah ini ada sedikit sebanyak gambar kenangan majlis tersebut.

Tiba sahaja di dewan, Pn. Azlina terus memberi arahan
Kerja-kerja ubahsuai ruang pameran sedang dilakukan, tapi dimana Baha?
Lorr... orang sibuk kerja, Baha baik punya posing rupanya
Lepas dimarahi Kak Ina, barulah Baha nak buat kerja
Itupun kejap aje, ada peluang saja dia posing balik
Inilah hasilnya, siap ada water decoration lagi kat depan
Warga JTM bergambar kenagan sebelum majlis bermula
YAB Menteri Besar Perak, Dr. Zambry melawat ruang pameran MPM
Kak Yati bersama anugerah yang dimenangi. En. Rosli control macho.
Semua orang happy tanpa disuruh
Warga MPM bergambar kenang-kenangan di pentas utama
Baha dan Fiza turut tak melepaskan peluang
Inilah Restoran Nasi Padang Simpang Tiga
Lauknya memang banyak tak larat nak makan
No comments:
Post a Comment