Monday, October 11, 2010

Jamuan Hari Raya JTM 2010/1431H


Salam...belum terlambat rasanya untuk menyaksikan kemeriahan Jamuan Hari Raya di Jabatan KAMI. Apa kata kita mulakan dengan mengimbas kembali menu-menu yang telah dimasak dihidangkan di jamuan tempoh hari...Sebelum tu, pesanan dari penaja..."sila klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas..tq"

Menu dari Makcik Satariah@Intan :-
1. Nasi Minyak, 
2. Ayam Masak Merah, 
3. Daging Masak Hitam,
4. Dalca sayur,
5. Jelatah, dan 
6. Ayor Sirap (Sepatutnya Sirap Selasih, agaknya Makcik tu lupa gamaknya...hehe)

Menu yang diorder/dimasak/dibawa/sedekah oleh segelintir warga JTM yang rajin bebeno lagi bermurah hati :-

1. Daging Butter Prawn - Bos
2. Telur Puyuh Masak Sos - Bos
3. Bakul Tembikai Berhias - Baha
4. Spaggetti Amore - Fiza
5. Pasemboque - Baha lagi
6. Vadai - Gracie (Praktikal IT)
7. Puding Jagung - Intan (Praktikal IT)
8. Kuih Koci - Cik Mah
9. Kek Lapis Sarawak - http://sayangkeklapis.blogspot.com
10. Kerepek Pisang, Sukun dan Mini Rempeyek - Bos
11. Buah Langsat dan Jus Amra + Asam Boi - Bos
12. Rakaman video jamuan hari raya MPM dan jabatan-jabatan di MPM - 2 slide disediakan utk tayangan perdana...
Para jemputan yang hadir, kebanyakannya lebih teruja untuk melihat goodies yang mereka perolehi samada..lucky or unlucky! Huhu...Banyak aksi-aksi dari para jemputan yang amat mengharukan kami kerana ada antara mereka yang langsung tak berselera nak makan kerana terlalu seronok nak dapat gift. Ada juga yang mukanya monyok ja sebab x dapat apa-apa selain makan. Ada juga yang minta nak ambil goodies lagi. Ada juga yang buang keratan selepas melihatnya..owh..macam-macamlah gelagatnya diorang ni...
Ok yang ini pula, aksi-aksi tetamu menjamu selera..SU dengan keseriusannya..sbb petang tu semua jabatan terima tarikh pindaan audit Star Rating..hehe..En. Rozi dengan peacenya..dia kata makanan sodap-sodap! En. Naffess terlalu menikmati juadah sampai tak perasan ada orang amik gambar mulutnya yang mengalah muncung mak-mak yang membebel..Tak ketinggalan tetamu dari Cawangan Penguatkuasa..Ramai dan ramai lagi..kalau nak letak gambar semua kat sini alamatnya x tido lah orang yang menaip ini...hehehe!
Ok..makan..makan lagi dan makan lagi..antara yang hadir..rasanya semua hadir nih..dari semua jabatan. Yang sebelum ni tak suka nak masuk jabatan IT tapi sekarang dah lembut dah hatinya..masuk jugak..ehm nampak tak kawan-kawan semangat MPM tu masih kuat rupanya..sebenarnya ini bukanlah jamuan makan raya semata-mata tapi tujuan utamanya untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama KITA...faham kan?
Petang tu, selepas solat Jumaat x disangka-sangka Yang Dipertua sudi hadir ke jamuan kami dan menjamu selera dengan hidangan yang kami bekalkan dari awal..terima kasih Tuan kerana sudi! Beliau sempat melihat video rakaman jamuan hari raya jabatan-jabatan MPM dan jamuan hari raya MPM di kediaman YDP oleh JTM...saya rasa beliau terharu... :) betul tak tuan? Terima kasih sekali lagi tuan..!
Haa..yang ni lah best..jam 4.00 petang seperti yang telah dijanjikan tetamu yang bertuah tu menuntut hadiah kecuali yang beruniform tu je datang tuntut hadiah pagi tadi sebab tak dapat hadir waktu pertang tu (maklum le JPN kat buat jamuan lak petang tu). Sebenarnya, JTM telah sediakan 40 hadiah termasuk hamper tetapi yang menuntut adalah 30 lebih ja so selebihnya telah dikauk oleh warga JTM dan praktikalnya sendiri...wakakakaka. Owh..antara hadiahnya adalah hamper makanan, ceramic mug, beg skolah, botol air dan t-shirt. Ok la tu kan..dari x dpt apa..alhamdulillah..Masa sesi bergambar tu ada la yang request thn dpn diadakan lagi macam tu...hahaha..Bos? Macam mana? Komen skit?
Hadiah Misteri...uihhh ada mestilah ada..Pn. Azlina sendiri yang call minta diorang ni datang ke IT ambik hadiah. Pemenang kaum Adam dimenangi oleh En. Meor Syarizan manakala kaum Hawa telah dimenangi oleh Cik Ika..Kriteria pemilihan..pemakaian baju raya grand²..Actually, tak ramai yang pakai grand² terutama lelaki..tapi setelah ditapis so..merekalah yang bertuah masa jamuan IT tempoh hari. Tahniah yer...!
Yang ini pula, tuah badan diorang ni..hehehe..mereka berdua tidak terkecuali terpilih sebagai warga JTM yang paling 'voke' pada hari jamuan tu...Persis model ni..kedua-dua segak dan cantik..kan kan? So, tahniah kepada Kak Norliza dan Baha kerana anda berdua telah berjaya melangkah jauh ke persada seni antarabangsa sehingga tercalon sebagai staff IT berpakaian grand²..(kalaulah ku tahu dari awal) *wink
Akhir kata, kami warga kerja Jabatan Teknologi Maklumat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua staf MPM yang sudi hadir ke jamuan hari raya di jabatan kami. Kami juga memohon maaf andai ada salah dan silap secara langsung atau tidak langsung di sepanjang jamuan tersebut mahupun di blog ini..sesungguhnya, kesilapan itu datangnya dari kami juga dan semoga hubungan rakan sekerja warga MPM bertambah erat selepas ini dan juga di masa akan datang...amin!
Eh...nanti! Belum habis lagi..sebelum mengundur diri dan sebelum terlupa..nak menyampaikan pesan makcik Satariah@Intan (tudung putih). Beliau menyeru kepada semua warga MPM supaya berkerja lebih keras lagi supaya MPM terus maju pada masa akan datang...hehe..beliau juga minta maaf seandainya ada yang terkurang mahupun terlebih semasa menyediakan hidangan di JTM tempoh hari. Kepada sesiapa yang ingin menggunakan khidmat katering beliau boleh minta no tipon kat kami atau kak bib...ngeee~

Ok..selesai sudah story jamuan kami. Sesiapa yang berminat nak tengok gambar yang lain silalah ke sharing //bahajtm..sekian..saya selaku jurutaip x bertauliah melaporkan dari kediaman saya di tmn sejati..sitiawan. Slm malam..wasalam.

6 comments:

miss ahjumma said...

Wahhh...bestnya jamuan rayer!! Dasat soit...hehehhe

pawaka19 said...

pergh ..kak norliza makin kurus..diet ek?

Abang said...

Gempak gempak... gua dapat T-Shirt...

miss ahjumma said...

pawaka19 : kak liza dah slim skang..diet secara sihat..not like baha...hahaha

Abang : tahniah bro..

babysyahirah said...

aduhhh..aku kuciwa x dpt jion....

miss ahjumma said...

babysyahirah : don't give up baby..tggu next year k...insyaAllah