Tuesday, October 19, 2010

Jamuan Praktikal - Alif, Mazwan dan Amril

Pada 15hb yang lalu, JTM sekali lagi telah mengadakan jamuan kecil-kecilan bagi meraikan tiga orang pelajar praktikal yang telah tamat menjalani latihan industri di jabatan ini. Mereka yang diraikan adalah Am, Aliff dan Wan..dan sedikit fakta maklumat mengenai mereka...
Muhammad Amril Fadli Bin Ahmad Zulkhairi (panjangkan nama beliau?)

Student daripada Universiti Teknologi Maklumat mengambil Jurusan Sarjana Muda Sains Matematik. Tempoh menjalani latihan industri di JTM 05/07/2010 - 15/10/2010. 

Mazwan Bin Rosli dan Mohd Aliff Farhan Bin Ariffin

Mereka berdua adalah student daripada Universiti Industri Selangor mengambil Bacelor Digital Graphic Design telah menjalani latihan industri di JTM 15/07/2010 - 07/09/2010

Antara menu yang terhidang adalah kuetiaw (fiza), lasagna ayam (M), kuih tepung gomak@abok-abok (bos), poiah goreng n basah (amril), dan air soya. 

Semasa kami sedang menjamu selera, jabatan kami telah didatangi oleh 5 orang kakitangan Sinar Harian yang kesemuanya ber t-shirt hitam. Of course mereka mempromosikan sabun akhbar SH. Kami bergambar bersama dan telah dikeluarkan dalam akhbar SH pada hari Ahad 17/10/2010. So..inilah gambar kami...
Gambar di JTM (dua di bawah tu...) Ok la tu kan?

Selesai menjamu selera..kami meneruskan agenda sesi memberi ucapan-ucapan akhir daripada mereka yang diraikan..sangat sedih sampai aliff yang sedikit 'gila-gila' menitiskan air mata..haha. Kemudian, diteruskan dengan ucapan terima kasih dan maaf daripada semua kakitangan JTM..Acara diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada semua para pemenang mereka bertiga...
Ok..lastly, gambar kenangan daripada kami semua. Sekali lagi, saya selaku penulis JTM ingin memohon maaf kepada Am, Aliff dan juga Wan sekiranya ada salah dan silap yang telah dilakukan secara berniat atau tidak..terima kasih juga kerana kalian bertiga telah banyak membantu, menyumbang tenaga kepada JTM, kalian juga sangat sporting kami sangat suka..contohnya, sudi berlakon semasa Hari Keluarga Kelab Sukan MPM..kalian semua memang best dan akhir sekali semoga kalian berjaya dalam apa jua bidang yang kalian ceburi. 

Jabatan Teknologi Maklumat..sentiasa membuka pintu hati untuk menerima kalian kembali menerima kunjungan daripada kalian...terima kasih daun keladi...

*maaf jika gambar tak lawa...

No comments: