Tuesday, October 19, 2010

Jamuan Praktikal - Alif, Mazwan dan Amril

Pada 15hb yang lalu, JTM sekali lagi telah mengadakan jamuan kecil-kecilan bagi meraikan tiga orang pelajar praktikal yang telah tamat menjalani latihan industri di jabatan ini. Mereka yang diraikan adalah Am, Aliff dan Wan..dan sedikit fakta maklumat mengenai mereka...
Muhammad Amril Fadli Bin Ahmad Zulkhairi (panjangkan nama beliau?)

Student daripada Universiti Teknologi Maklumat mengambil Jurusan Sarjana Muda Sains Matematik. Tempoh menjalani latihan industri di JTM 05/07/2010 - 15/10/2010. 

Mazwan Bin Rosli dan Mohd Aliff Farhan Bin Ariffin

Mereka berdua adalah student daripada Universiti Industri Selangor mengambil Bacelor Digital Graphic Design telah menjalani latihan industri di JTM 15/07/2010 - 07/09/2010

Antara menu yang terhidang adalah kuetiaw (fiza), lasagna ayam (M), kuih tepung gomak@abok-abok (bos), poiah goreng n basah (amril), dan air soya. 

Semasa kami sedang menjamu selera, jabatan kami telah didatangi oleh 5 orang kakitangan Sinar Harian yang kesemuanya ber t-shirt hitam. Of course mereka mempromosikan sabun akhbar SH. Kami bergambar bersama dan telah dikeluarkan dalam akhbar SH pada hari Ahad 17/10/2010. So..inilah gambar kami...
Gambar di JTM (dua di bawah tu...) Ok la tu kan?

Selesai menjamu selera..kami meneruskan agenda sesi memberi ucapan-ucapan akhir daripada mereka yang diraikan..sangat sedih sampai aliff yang sedikit 'gila-gila' menitiskan air mata..haha. Kemudian, diteruskan dengan ucapan terima kasih dan maaf daripada semua kakitangan JTM..Acara diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada semua para pemenang mereka bertiga...
Ok..lastly, gambar kenangan daripada kami semua. Sekali lagi, saya selaku penulis JTM ingin memohon maaf kepada Am, Aliff dan juga Wan sekiranya ada salah dan silap yang telah dilakukan secara berniat atau tidak..terima kasih juga kerana kalian bertiga telah banyak membantu, menyumbang tenaga kepada JTM, kalian juga sangat sporting kami sangat suka..contohnya, sudi berlakon semasa Hari Keluarga Kelab Sukan MPM..kalian semua memang best dan akhir sekali semoga kalian berjaya dalam apa jua bidang yang kalian ceburi. 

Jabatan Teknologi Maklumat..sentiasa membuka pintu hati untuk menerima kalian kembali menerima kunjungan daripada kalian...terima kasih daun keladi...

*maaf jika gambar tak lawa...

Tuesday, October 12, 2010

Tudung Di Akhir Zaman = Tudung Rahib KRISTIAN = Tudung Wanita Moden

Info ini merupakan salah satu emel berantai yang JTM perolehi daripada kawan-kawan..saya telah diamanatkan untuk memasukkan info ini ke dalam blog JTM..semoga maklumat / perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama oleh kita semua..insyaAllah.....
(Ayat-ayat seterusnya adalah petikan daripada emel yang diterima)

Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!! 


Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila  kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.

Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah...selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami....

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).


Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen 
Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan.. 







p/s:Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???


Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.


Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)

Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.

Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.

Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN...

Monday, October 11, 2010

Jamuan Hari Raya JTM 2010/1431H


Salam...belum terlambat rasanya untuk menyaksikan kemeriahan Jamuan Hari Raya di Jabatan KAMI. Apa kata kita mulakan dengan mengimbas kembali menu-menu yang telah dimasak dihidangkan di jamuan tempoh hari...Sebelum tu, pesanan dari penaja..."sila klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas..tq"

Menu dari Makcik Satariah@Intan :-
1. Nasi Minyak, 
2. Ayam Masak Merah, 
3. Daging Masak Hitam,
4. Dalca sayur,
5. Jelatah, dan 
6. Ayor Sirap (Sepatutnya Sirap Selasih, agaknya Makcik tu lupa gamaknya...hehe)

Menu yang diorder/dimasak/dibawa/sedekah oleh segelintir warga JTM yang rajin bebeno lagi bermurah hati :-

1. Daging Butter Prawn - Bos
2. Telur Puyuh Masak Sos - Bos
3. Bakul Tembikai Berhias - Baha
4. Spaggetti Amore - Fiza
5. Pasemboque - Baha lagi
6. Vadai - Gracie (Praktikal IT)
7. Puding Jagung - Intan (Praktikal IT)
8. Kuih Koci - Cik Mah
9. Kek Lapis Sarawak - http://sayangkeklapis.blogspot.com
10. Kerepek Pisang, Sukun dan Mini Rempeyek - Bos
11. Buah Langsat dan Jus Amra + Asam Boi - Bos
12. Rakaman video jamuan hari raya MPM dan jabatan-jabatan di MPM - 2 slide disediakan utk tayangan perdana...
Para jemputan yang hadir, kebanyakannya lebih teruja untuk melihat goodies yang mereka perolehi samada..lucky or unlucky! Huhu...Banyak aksi-aksi dari para jemputan yang amat mengharukan kami kerana ada antara mereka yang langsung tak berselera nak makan kerana terlalu seronok nak dapat gift. Ada juga yang mukanya monyok ja sebab x dapat apa-apa selain makan. Ada juga yang minta nak ambil goodies lagi. Ada juga yang buang keratan selepas melihatnya..owh..macam-macamlah gelagatnya diorang ni...
Ok yang ini pula, aksi-aksi tetamu menjamu selera..SU dengan keseriusannya..sbb petang tu semua jabatan terima tarikh pindaan audit Star Rating..hehe..En. Rozi dengan peacenya..dia kata makanan sodap-sodap! En. Naffess terlalu menikmati juadah sampai tak perasan ada orang amik gambar mulutnya yang mengalah muncung mak-mak yang membebel..Tak ketinggalan tetamu dari Cawangan Penguatkuasa..Ramai dan ramai lagi..kalau nak letak gambar semua kat sini alamatnya x tido lah orang yang menaip ini...hehehe!
Ok..makan..makan lagi dan makan lagi..antara yang hadir..rasanya semua hadir nih..dari semua jabatan. Yang sebelum ni tak suka nak masuk jabatan IT tapi sekarang dah lembut dah hatinya..masuk jugak..ehm nampak tak kawan-kawan semangat MPM tu masih kuat rupanya..sebenarnya ini bukanlah jamuan makan raya semata-mata tapi tujuan utamanya untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama KITA...faham kan?
Petang tu, selepas solat Jumaat x disangka-sangka Yang Dipertua sudi hadir ke jamuan kami dan menjamu selera dengan hidangan yang kami bekalkan dari awal..terima kasih Tuan kerana sudi! Beliau sempat melihat video rakaman jamuan hari raya jabatan-jabatan MPM dan jamuan hari raya MPM di kediaman YDP oleh JTM...saya rasa beliau terharu... :) betul tak tuan? Terima kasih sekali lagi tuan..!
Haa..yang ni lah best..jam 4.00 petang seperti yang telah dijanjikan tetamu yang bertuah tu menuntut hadiah kecuali yang beruniform tu je datang tuntut hadiah pagi tadi sebab tak dapat hadir waktu pertang tu (maklum le JPN kat buat jamuan lak petang tu). Sebenarnya, JTM telah sediakan 40 hadiah termasuk hamper tetapi yang menuntut adalah 30 lebih ja so selebihnya telah dikauk oleh warga JTM dan praktikalnya sendiri...wakakakaka. Owh..antara hadiahnya adalah hamper makanan, ceramic mug, beg skolah, botol air dan t-shirt. Ok la tu kan..dari x dpt apa..alhamdulillah..Masa sesi bergambar tu ada la yang request thn dpn diadakan lagi macam tu...hahaha..Bos? Macam mana? Komen skit?
Hadiah Misteri...uihhh ada mestilah ada..Pn. Azlina sendiri yang call minta diorang ni datang ke IT ambik hadiah. Pemenang kaum Adam dimenangi oleh En. Meor Syarizan manakala kaum Hawa telah dimenangi oleh Cik Ika..Kriteria pemilihan..pemakaian baju raya grand²..Actually, tak ramai yang pakai grand² terutama lelaki..tapi setelah ditapis so..merekalah yang bertuah masa jamuan IT tempoh hari. Tahniah yer...!
Yang ini pula, tuah badan diorang ni..hehehe..mereka berdua tidak terkecuali terpilih sebagai warga JTM yang paling 'voke' pada hari jamuan tu...Persis model ni..kedua-dua segak dan cantik..kan kan? So, tahniah kepada Kak Norliza dan Baha kerana anda berdua telah berjaya melangkah jauh ke persada seni antarabangsa sehingga tercalon sebagai staff IT berpakaian grand²..(kalaulah ku tahu dari awal) *wink
Akhir kata, kami warga kerja Jabatan Teknologi Maklumat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua staf MPM yang sudi hadir ke jamuan hari raya di jabatan kami. Kami juga memohon maaf andai ada salah dan silap secara langsung atau tidak langsung di sepanjang jamuan tersebut mahupun di blog ini..sesungguhnya, kesilapan itu datangnya dari kami juga dan semoga hubungan rakan sekerja warga MPM bertambah erat selepas ini dan juga di masa akan datang...amin!
Eh...nanti! Belum habis lagi..sebelum mengundur diri dan sebelum terlupa..nak menyampaikan pesan makcik Satariah@Intan (tudung putih). Beliau menyeru kepada semua warga MPM supaya berkerja lebih keras lagi supaya MPM terus maju pada masa akan datang...hehe..beliau juga minta maaf seandainya ada yang terkurang mahupun terlebih semasa menyediakan hidangan di JTM tempoh hari. Kepada sesiapa yang ingin menggunakan khidmat katering beliau boleh minta no tipon kat kami atau kak bib...ngeee~

Ok..selesai sudah story jamuan kami. Sesiapa yang berminat nak tengok gambar yang lain silalah ke sharing //bahajtm..sekian..saya selaku jurutaip x bertauliah melaporkan dari kediaman saya di tmn sejati..sitiawan. Slm malam..wasalam.

Friday, October 08, 2010

Intro Jamuan Hari Raya JTM 1431H

Salam syg buat semua...sedikit intro sempena Majlis Jamuan Hari Raya JTM hari ini. *Owh..sangat teruja nak cerita!* Ok..selayang pandang...
Apa yang penting..hadirkan diri anda ke JTM..kot-kot la bertuah dapat keratan seperti awek kat atas pegang tu...hehehe..Antara hadiah-hadiah yang x seberapa...IKHLAS dari JTM...



So...sudi-sudikanlah datang ke jabatan kami k...Opss lupa pulak..antara menunya adalah Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Dalca Sayur, Jelatah, Papadom dan Air Sirap Selasih (Katering). Masakan dari warga JTM pula adalah Pasamboque (Bonda Baha), Spaghetti Amore (Fiza Luq Luq), sedikit lauk pauk tambahan dari Pn. Azlina Mat Daud seperti Telur Puyuh Masak Sos, Udang masak ape ntah dan lain-lain. Kuih yg disaji adalah kuih Koci (yg biasa kat MPM ni), Kek Lapis from Sarawak, Vadai 1Malaysia (by Grace), Puding Jagung (by Intan) dan Kerepek-kerepek, Air Jus Amra dan buah  ikhsan dari Silaturrahim..

Wehh...datanglah beramai-ramai...!!!!

Friday, October 01, 2010

Jemputan

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, BERBESAR HATI MENJEMPUT SEMUA WARGA KERJA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BAGI MENGHADIRI JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI YANG AKAN DIADAKAN PADA 08.10.2010 (JUMAAT) JAM 11.00 PAGI BERTEMPAT DI JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT...

SEMOGA DENGAN KEHADIRAN TUAN/PUAN DAPAT MENYERIKAN LAGI MAJLIS KAMI...

P/S : HADIAH UTAMA & HADIAH MISTERI menanti anda....!!!