Thursday, December 31, 2009

Pantun Selamat Tahun Baru 2010




Pn Azlina berbaju biru
Langkahnya sopan lagi bergaya
Bermula dengan azam yang baru
Lipatgandakan usaha pasti berjaya


Pn Norliza membeli serai
Serai dibeli bersama petai
Tahun 2010 membuka tirai
Moga impian dapat dicapai


Tinasyahirah si gadis ayu
En. Issamudin smart selalu
Kami nak wish Selamat Tahun Baru
Semoga MPM sukses selalu


Wati suka membazir kertas
Kalo bergayut berjam-jam
Rajinkan diri jangan malas
Bukan 'hangat-hangat tahi ayam'


Mouse, keyboard, monitor dan cpu
Barang mainan Baha n Fiza
Asyik termenung dimuka pintu
Leka dan lalai x buat kerja


Baha OT setiap minggu
Dapat habuan di hujung bulan
Amalan yang baik jangan ditunggu
Lupakan yang lalu fokus ke hadapan


En Fizal serius berfikir
Kerja x siap lambatlah pulang
Kurangkan bercakap banyakkan berfikir
Wawasan baru di tahun mendatang


Sungai disusuri sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
JTM menyusun sepuluh jari
Salah dan khilaf mohon dimaafkan


Tuesday, November 10, 2009

Majlis UlangTahun Naiktaraf MPM ke-8 dan Pelancaran mySMS 15888 MPM

Hari ini berlangsung bukan satu tapi dua majlis berprestij di MPM. Yang pertama ialah majlis ulangtahun ke-8 naiktaraf MPM menjadi status Perbandaran, dan keduanya pelancaran sistem mySMS 15888 MPM.

Untuk pengetahuan korang MDM telah dinaiktaraf ke MPM pada 1 Ogos 2001. Sistem mySMS pula adalah satu sistem yang membolehkan pelanggan untuk menyemak dan mendapatkan maklumat secara SMS. MPM adalah PBT pertama dalam negeri Perak yang memberi perkhidmatan sedemikian.

Adakah majlis ini berlangsung dengan penuh gemilang? Sudah pasti, dengan izin Allah s.w.t. Dan juga dengan penat lelah warga JTM.

JTM terlibat dalam kawalan skrin tayangan, gimik pelancaran, video ulangtahun dan juga rakaman video. Bahkan JTM telah bertungkus lumus menyiapkan video dan gimik pelancaran sejak beberapa hari sebelum majlis berlangsung lagi.

Untuk gimik kali ini, JTM telah sepakat memilih Baha sebagai objek tarikan. Baha akan beraksi seperti robot dan menyampaikan simkad kepada Yang Dipertua yang seterusnya akan melancarkan gerbang mySMS 15888 MPM.

Pemilihan Baha adalah berdasarkan pengalaman beliau menjadi robot ketika upacara pakaian beragam tahun lepas (walaupun tewas), selain daya tarikan X-Faktor yang beliau miliki. Berikut antara komen-komen penonton selepas majlis tersebut:

"Baha pandai berlakon" - rata-rata warga MPM

"Nasib la muat design baju robot tu" - warga JTM

"Best la Baha muka masuk paper Metro" - Ejam JTKPK

"Baha nampak cute la dengan baju robot ;)" - Cik U Jabatan Khidmat Pengurusan

"
Baha pakai apa pun nampak cute hihi" - Abg Guard??

Seperti biasa, inilah gambar kenang-kenangan:




Aweks IT bertungkus lumus sepanjang malam menyiapkan robot.


Bebudak praktikal turut ringan tulang datang malam untuk membantu.


Ingat bantu saja-saja ke? Siap upah Char Kuey Teow lagi tu, bos belanja.


Aweks-aweks manis tersenyum menyambut hadirin di pintu dewan.


Khidmat jurufoto profesional Nash turut digunakan dengan harapan gambar tidak hilang.


Orang-orang kaya MPM turut bergambar mesra (yg pakai jaket paling kaya).


Tina bertanggungjawab terhadap video gimik dan paparan di skrin putih


"Ada JTM semua beres" ucap Tina sambil menunjukkan tanda bagus.


"Baik punyee..." ujar Baha tersenyum sebelum berpeluh ketiak memakai kostum robot.


Kelihatan susuk tubuh di koridor atas dewan. Bukan hantu, tetapi En. Fizal sedang candid camera. "Sesiapa yang tidak mahu gambar tak senonoh mereka disiarkan, sila masukkan wang perlindungan ke akaun bank saya dengan segera" pesan En. Fizal.


Perasmian mySMS 15888 MPM. Kelihatan Baha dan baju robotnya.


Warga JTM bergambar dengan wakil MAMPU dan syarikat SMS


Thursday, October 22, 2009

Hari Kualiti Peringkat Negeri Perak 2009

Hari ini telah berlangsungnya sambutan Hari Kualiti Peringkat Negeri Perak di Dewan Bankuet, Ipoh. MPM telah dijemput menghadiri majlis ini selaku pemenang pertama Anugerah Kualiti Bagi Peringkat PBT Negeri Perak 2009. Selain itu MPM turut memenangi tempat ketiga Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam 2009 dibawah kategori Perubahan Prosedur.

Kakak-kakak, abang-abang, awek-awek dan makcik-makcik kakitangan MPM turut hadir ke majlis ini dengan menaiki sebuah bas mewah yang ditempah khas oleh pihak pengurusan. Rata-rata mereka tersenyum lebar dapat hadir ke majlis berprestij ini bahkan ada yang tanpa segan silu mengakui sampai termimpi-mimpi sejak malam semalam lagi.

Jika makcik-makcik tersebut enak dibuai mimpi malam sebelumnya, warga JTM pula sedang bertungkus lumus membuat persediaan bagi ruang pameran MPM di dewan tersebut. JTM terlibat secara eksklusif dalam pemilihan maklumat untuk dipaparkan, mencetak, menyiapkan papan-papan info, membawa dan menampal maklumat serta mengubahsuai ruang pameran agar kelihatan cantik dan menarik.

Kerja-kerja berat ini telah dimulakan sejak awal pagi. Menjelang malam barulah kereta yang dinaiki secara berhimpit-himpit oleh En. Helmi, Pn. Azlina, Fizal, Baha dan barang-barang pameran bergerak ke Ipoh. Hujan lebat yang turun pada malam itu menyebabkan kereta terpaksa dipandu perlahan dan lambat sampai. Syukurnya tiada yang membuang angin dalam perjalanan.

Apabila tiba sahaja, bagai lipas kudung 4 orang kakitangan berdedikasi ini terus memulakan kerja. Barangan pameran diangkut ke dalam dewan sedikit demi sedikit, papan-papan info mula ditampal dan idea-idea bernas bak Eric Leong mula dilontarkan. Setelah penat memerah otak dan berpeluh ketiak, mereka pulang di waktu embun malam mula membasahi bumi, setelah seharian tidak menjenguk pagar rumah. Esok pagi ada kumpulan lain yang akan menyambung tugas mereka.

Dan pagi ini, segerombolan warga MPM yang menaiki sebuah bas dan beberapa buah kereta telah awal-awal lagi memecut ke Ipoh seolah-olah tidak peduli untuk breakfast lagi. JTM diwakili oleh Cik Fiza dan En. Issa bagi memantau ruang pameran MPM di dalam dewan.

Pn. Azlina, Fizal dan Baha datang lewat sedikit setelah kepenatan malam sebelumnya. Dan seperti biasa dengan adanya sokongan kuat JTM, majlis pasti berjalan lancar, Alhamdulillah. Kemudian warga MPM dibawa oleh pihak pengurusan menikmati makan tengahari di Restoran Nasi Padang (belakang Greentown Mall) bagi meraikan kejayaan bersama.

Di bawah ini ada sedikit sebanyak gambar kenangan majlis tersebut.


Tiba sahaja di dewan, Pn. Azlina terus memberi arahan



Kerja-kerja ubahsuai ruang pameran sedang dilakukan, tapi dimana Baha?



Lorr... orang sibuk kerja, Baha baik punya posing rupanya



Lepas dimarahi Kak Ina, barulah Baha nak buat kerja



Itupun kejap aje, ada peluang saja dia posing balik



Inilah hasilnya, siap ada water decoration lagi kat depan



Warga JTM bergambar kenagan sebelum majlis bermula



YAB Menteri Besar Perak, Dr. Zambry melawat ruang pameran MPM



Kak Yati bersama anugerah yang dimenangi. En. Rosli control macho.



Semua orang happy tanpa disuruh



Warga MPM bergambar kenang-kenangan di pentas utama


Baha dan Fiza turut tak melepaskan peluang



Inilah Restoran Nasi Padang Simpang Tiga



Lauknya memang banyak tak larat nak makan


Monday, September 14, 2009

Wifi di Chalet Impian

Hari ni Fizal dan Baha pergi ke Chalet Impian untuk memasang wifi. Dah lama juga En. Sharil (tauke chalet) suarakan cadangan agar disediakan kemudahan internet tanpa wayar untuk penginap chalet di situ. Namun suara sumbang beliau itu terpaksa disenyapkan sementara waktu kerana kesibukan tugas hakiki lain dan juga kenaikan harga petrol. 

Kini setelah harga petrol turun, kami pun turun melakukan kerja-kerja pemasangan wifi, dan turut terjebak dalam melakukan kerja-kerja tidak hakiki, iaitu pengemasan bilik pejabat chalet tersebut yang agak berserabut. Syukur kerja pemasangan Access Point tersebut agak mudah walaupun kami terlupa kata laluan internet pada mulanya.

Sebagai makluman pembaca yang cetek teknologi, wi-fi asalnya adalah singkatan kepada istilah "Wireless Fidelity". Apabila menyebut wifi, ianya merujuk kepada semua perkakasan rangkaian secara gelombang (tanpa wayar) di bawah piawaian IEEE 802.11. 

Wifi perlu disebut sebagai "wai-fai", namun ada sesetengah orang tersalah menyebutnya sebagai "wie-fie". Ini adalah kesalahan yang biasa-biasa sahaja jika anda berborak bersama rakan, namun agak luarbiasa jika disebut di merata-rata tempat tanpa segan silu. Harap maklum.







p/s: Teringat kami akan desas-desus yang tersebar satu ketika dulu kononnya nama Chalet Impian diambil sempena nama orang kuat Chalet tersebut iaitu En. Pian. Setelah diselidiki berita tersebut ternyata palsu.


Friday, September 11, 2009

Menziarahi Tina

Salam semua..


Semalam, semua staf JTM termasuk pelajar praktikal telah meringankan tulang dengan menziarahi Tina di rumahnya. Kisah apa yang telah terjadi pada Tina ada disebutkan dalam post sebelum ini.


Selain melihat keadaan Tina, tujuan utama ziarah adalah untuk menyampaikan sedikit sumbangan wang oleh warga kerja MPM, buah-buahan dan juga produk kesihatan Brand's Innershine.


Kedatangan staf JTM disambut mesra oleh Tina sekeluarga walaupun masih bersedih diatas dugaan yang telah menimpa. Walaubagaimanapun, tiada minuman yang disediakan Tina kepada staf JTM kerana semua masing-masing mengaku berpuasa.


Apapun kami warga JTM mendoakan Tina supaya cepat sembuh dan dapat kembali bekerja secepat mungkin, kerana kerja-kerja di pejabat amatlah banyak dan tidak pernah habis.


Itulah doa ikhlas dari kami :-P.



Tuesday, September 01, 2009

Suka & Duka..Akan Dikongsi Bersama²

Salam semua, lama dah x update blog JTM nih. Kali ni ade beberape cerita yg nak disampaikn. Aku citer by dated le ek..pd kawan² len kalo tersalah tu tlg betulkan mane yg patut k...

About Fiza...
Nape ngan fiza? Ehm..fiza kena tahan wad. Nape ek? Fiza kena appendix..sian dia..ingatkn ari tu fiza mc sbb demam ke, sakit blkg ke, ape ke..x sangka lak sampai nk kena operate kan..Dah la badannye kecik je ish sian betul. Tapi minta maaf la ek fiza sbb kami x jenguk pun fiza kat Hosp. Tlk Intan. Kami call n sms je tanye khabar. Kitorang jgk doakn spy fiza cpt² sembuh..alhamdulillah..setelah mc dari 17/08/09 ri tu..start ari ni fiza dah start keje dgn penuh semangatnye..cayok²! Kalo nk tau lbh lanjut pasal fiza blh tanye en. pojan (bukan nama sebenar)..Hehehe..tahniah jugak kat fiza sbb dpt Anugerah Pekerja Cemerlang Bulan Ogos '09. Teruskn Kecemerlangan Anda!!!

About Issa..Bos..Fizal....
Tahniah pd En Issa sbb dpt Anugerah Perkhd. Cemerlang 2008. Semoga terus success k! To En Is..jgn lupa blanja kami ni ek. Tgk aje la isa sempat posing dgn SU kita. Gambar mase isa amik anugerah aku x dpt nk carik so..jadi la ek gambar² yang ade ni..Majlis APC kali ni meriah sgt² sbb kami sume tlh dihiburkan oleh Aris Ariwatan...huh! x cayer ek..see d picture la..Cumenye staf JTM x sempat le nak bgambor ngan Aris sbb org len sume dh berebut kan..so kami sbg org² IT ni maleh la kan nk beria² sgt..Almaklum la kami mmg jenis cool jerk..hehe..

Cewah..cewah..pewit...!

Aris buat show..mmg best! Aku terhibur...

Di samping itu juga (ayat poyo) Bos kami n En. Fizal pun dpt award gak..diorng dpt Anugerah Khas Yang Dipertua. Tahniah la ek..Ni nak tunjuk gambor kami reramai termasuk pelajar praktikal JTM. 

Sume ade kat sini kecuali Kak Liza n Fiza..

Alahai..Fiza lak xde (terlantar di Ospital)

About Tina...
Cam mane nk citer ek..? Ehm..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Berita pasal bby tina  yg tlh meninggal dlm kandungan mmg sedih n mengejutkan. Sume ni ketentuan dr Tuhan. Kita sbg Hamba Allah kena terima n redha pd segala takdirnya. Citer lanjut pasal tina blh la korang bace sendiri kat blog tina. Pagi tadi aku, bos, kak liza n fiza ziarah tina kat umah mak dia..nampak tina sgt² tabah..Tina diarahkan utk rehat dulu 1 mggu dulu..kesian sgt. Apa² spy tina n cd byk²kn bersabar n berdoa smoga sume selamat...amin...

Friday, July 31, 2009

Networking Utk Mesin Fotostat

Salam..lame dah x update blog IT nih. Bukan xmo update tp xde le gosip² yg hangat. Ehm..x syok la kan..sbb bahan² bergosip ni mmg blh tarik perhatian ramai..tp tu le, xde le isu² tersebut..yg len pun diam je kan..aku pun diam le jugak..Jadi tu yg nk diciterkan ni bukan ape pun. Cume nak bg tau IT dah buat networking utk Mesin Fotostat. Meriah!

Tangan siapakah ini? Sila teka..sape betul dpt adiah..Org ni tgh sambung network kat mesin fotostat IT. Lepas nie sume pc kalo nak print leh print terus ke mesin fotostat ek. Tak yah la print kat printer wati dah. Wati is kedekut orgnye..haha. Tujuan utamanye utk menjimatkan kos penggunaan katrij kat mpm nih. Ye lah, kos katrij sgtlah mahal..kalo tak caye meh duduk kat IT ni buat pembelian deal ngan pembekal..tengok n nilai sndiri..ini tak..ink habis stok dah bising..kalo vot byk, leh jgk ngaku salah IT tapi vot pun celah gigi je tp byk bunyi..sila bantu membantu n saling memahami..ok! Semua pemasangan ni dibuat pd selasa lepas (28/07/09) dan org yg bertungkus lumus x lain x bukan fizal, baha n pemude kita. Ehmm syabas beta! dan semalam n ari ni baha n pemude buat network kat Jab. Bangunan lak..ehm bangunan lain akan dilaksanakan dr mase ke semase k..insyaAllah.

Ha..tgk ni..Selepas en. fizal turun dr tangga tu kan..didapati tangga berkenaan agak bengkok skit. Tapi takpelah x kesah janji keje settle lagipun tangga tu pun free je..nasib x bagi tangga kayu, kalo tak kompem patah..wakaka. Sib baik en fizal yg naik kalo baha? Alamak...terlebih sudah! Hehee..Gurau je ye kawan²..len kali kalo korang yg taip entri sila jgn kutuk aku k..

Acctualy kan sume keje² naik tangga n panjat memanjat ni baha yg buat..Tarik kabel kat syiling. Pemude lak standby nak sambut baha kalo jatuh. Sampai merah mate si baha sbb termasuk habuk..kesian mmg kesian tp x gune le kan..namepun keje..dgn terluka tangan lak tu..byk pengajaran utk baha pd hari tu. Malangnye bukti² sume takde ye sbb mmg lupe nak amik gmbor deme..bila dah siap je baru teringat...nasib la ek..tp walo bagaimanapun, aku nak masukkan gambor deme time mengulor..hehehe

Korang tgk le mate kiri baha..sepet kan..kalo tgk dekat² mate baha tu kaler merah biji sage..mcm baru lepaih ngentai anak dare org..wah kenyataan berani mati nih..hihi. Si pemude lak senyum simpul je kan..ehm untung awek dia ni..Si fiza cam biase le membeliak kan matenye..Aku n tina? ehm..kita wat keje kan time tu tina? Lalala~

Kepada mane² jabatan yg memerlukan khidmat kami sila isi borang cam biase k..sebarang aduan tanpa borang x akan dilayan..jgn mare..! Wassalam.

Monday, July 27, 2009

Pelajar Praktikal Sesi Julai - Disember 09




Dari kiri : Jannah, Wan, Ana, Tasha, Fiza dan Mas


Nurul Jannah Bt Ismail, Mastura Bt Zakaria, Wan Nur Syuhaidah Bt Khairul Badri, Farhana Hanim Bt Abdul Wahab dan Nor Natasha Bt Saidin adalah pelajar Sijil Teknologi Maklumat drpd Kolej Komuniti Pasir Salak. Tempoh praktikal di JTM adalah drpd 20/07/09 - 18/12/09.


Nurhafizah Bt Salleh adalah pelajar Sijil Pemprosesan Data drpd Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Tempoh praktikal di JTM adalah drpd 27/07/09 - 25/12/09.




Update 18/12/09 : 


Lima orang pelajar praktikal JTM telah tamat menjalankan latihan industri mereka. Lagi seorang pelajar (Fiza) pula akan tamat pada minggu hadapan. Berikut adalah gambar hari terakhir mereka di JTM.








Komen staf-staf JTM :


1. Jannah
               - terlalu senyap dan pemalu
               - suke beno dengor lagu jiwang karat
               - susah nak memahami arahan penyelia
               - jgn cepat terpengaruh (kena pandai pilih kawan)
2. Anna
               - berani bertanya dan selalu ceria
               - suke dengor anna ketawe
               - banyak cakap, gosip, bla..bla..bla...
               - suka blur bila terima arahan


3. Wan
               - jangan banyak sangat gelak, serius sikit masa bekerja ok
               - banyak cakap pun dia jgk..
               - suka bergosip n buat riak muka bila kena marah
               - suka poyo
               
4. Tasha
               - jangan banyak merungut
               - org suruh dia...dia suruh org lain..adui!
               - rajin jgk orgnye bila ade masanye
               - ada kalanya kurang percaya pd sendiri


5. Mas
              - jangan jiwang sangat
              - sayangilah diri anda sendiri
              - tak boleh terima arahan
              - no komen....(pulanglah ke pangkal jalan)


6. Fiza
             - cepat faham apa yang diajar
             - suka bertanya, bagus! 
             - kdg² takut cuba sesuatu yg baru

Tuesday, July 14, 2009

Bahagia TANPA Bos!

Sejurus selepas sume Group A & B bertolak ke Royal Belum, Banding utk menghadiri Team Building..aku leh dengar sume staf² jabatan len bersorak keriangan "hoOrey" termasukle Mohamad Sobbri B Zulkfely aka Baha..Hahahaha..Ape tidaknye sonok le sume BOS takde..masing² nak jadik Bos...haha..termasuk le bebudak IT...

Masing² wat keje cam besa la kan..cumenye tak le sekusyuk time ade BOS..mmg x dpt dinafikan lagik. Sume kira aktiviti bebas le..buat le apa pun..lantok le kome. Tp yg plg x bleh BLAH time balik jam 5.00 ptg..berderu bunyi tapak kasut org turun tangga..berebut² sape nak punch dulu..hahaha..Makenye..tunggu le deme kat lobi sbb time utk punch balik tlh di'lambatkan'..hahaha..mmg diSETkan cenggitu same cam time masuk. So kira fair le kan..jgn salahkan IT lak..walopun ade yg bising² gak smlm. So xkan nak biarkan mereka kan? Sib baik IT ade paparazi...dan inilah buktinya..

Haha..ni lah muke² org x sabor nak balik (jgn mare)

Haishhh siap sengeh² lagik..hehe

Kemeriahan ini akan dinikmati sampai ari rabu je..pastu Khamis sume BOS² balik ke sangkor masing²...huhu..makenye gunala peluang yg ade ni sebaik mungkin ye kawan²...Huh!

Thursday, July 09, 2009

Koridor Siber

Ok..oleh kerana tak ada isu menarik maka, aku dgn beraninya buat keputusan sndiri utk buat entri pasal Koridor Siber yg ade kat opis ni. Ok, utk pengetahuan sume (pd yg x tau tu sila amik perhatian k) lab mpm ni boleh disewa ye..bukan mahal sgt pun tp mmg berbaloi dgn segala kemudahan yg sedia ade kat lab nih.

Sblm tu nk story skit pasal lab. Utk makluman korang, pembangunan lab ni bermula pd Januari 2006 (mase ni opis ni serabut giler tp terkawal) dan lab tlh siap sepenuhnya pd Mac thn yg same le..kontraktor bagus..wat cepat. Kos yg terlibat adalah RM 114,420.00. Byk tu...bukan singgit dua inggit yer. Manakala, pd tanggal 23 Mac lab tlh dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri iaitu Datuk Chan Ko Youn n lab tlh diberi nama 'Koridor Siber' (siber giler!).

Potong riben...

Usha..jadual kami yg mane thn tu mmg aktif berkursus..

YDP n S/U dlm kenangan...

Ok..mcm yg aku dh mention awal² tadi..lab ni kan blh disewa. So berikut ni adalah kadar sewaan yg tlh ditetapkan oleh mpm. Hrp maklum le ye..

TEMPOH

(JAM)

KADAR (RM)

SEKOLAH

KERAJAAN

SWASTA

1-5

160

180

200

1-8

200

220

240

Melebihi had masa

40 setiap satu jam

40 setiap satu jam

40 setiap satu jam


Antara jabatan yg penah sewa lab ni adalah Jab. Perangkaan Negeri Perak n Syarikat Gashworld Sdn. Bhd. Make, sesiapa yg berminat tu jgn malu jgn segan silu ye..korang leh contact IT terus ye. Ini nombor opis 05-6871353 atau faks ke 05-6882102. Dlm mase yg same..tolong le hebahkan pd yg lain-lain. Lab ni bukan IT punye tp Majlis punye n sesame kita tambahkan pendapat majlis..Ops lupe lak..Borang sewa lab juga blh download kat sini .

p/s : to budak² IT kalo ade tersalah bg tau ek..

Tuesday, July 07, 2009

IT dilanda BANJIR

Mesti x cayer kan? Ini kejadian yg benar² berlaku n sgt² misteri kerana x tau punca dtg dr mane..Kejadian mula berlaku pagi smlm..kami sangkakan mungkin kerna hujan kelmarin. Citer lanjut kejadian pertama tu korang leh bace kat sini.

Oleh kerana pagi ni pun banjir jgk..maka kali ni bukan Technician je turun malah Hj. Lan selaku Juruteknik Kanan MPM nih..turut padang jgk..ke hulu ke hilir Hj. Lan tgk bilik Isa, Fizal n Bos..Dr riak wajah Hj Lan aku tgk dh mcm Lt. Horatio (CSI Miami) Hehehe..cuma bezanye Hj Lan agak kelam kabut skit..walo pun ini bukan melibatkan kes pembunuhan..(apa yg aku melalut nih). Pas Hj Lan usha² ape yg patut, dia kuar semula ngan Humaira tgk dinding IT dari luar..tapi pelik bin ajaib xde sbrg bukti menunjukkan kebocoran kat situ. Pelik kan..???

Pastu..Hj Lan masuk balik ke IT..dan pesan kat aku n isa. Begini katenye "minta cleaner mop balik kasi kering betul..pastu baru leh perasaan dr mane air dtg..cuba tgk kot² ade gelombong² air masuk.." Dlm masa yg same..aku turut bg tau le kat Hj Lan..kena kalih le sgale kabinet tepi² tu kalo tak..tak tau le dr mane dtgnye ayor tu..Hj Lan setuju je..tp belum ade lg le org dtg nak tolong angkat kabinet atau ape yg dimaksudkan kami kena wat sendiri sume tu. Aku pun x sure tp kami just tunggu n lihat je la...

Utk makluman sume, mase aku bz menaip entri blog ni En. Fizal tgh menyuluh² lantai bilik dia n isa..(rajin betui..nak cari punce) Ok le..kami sume dah lapor..nak makan..tgk la gambor² kat bawah nie ye..
Cleaner tgh mop lantai..2 baldi oo..

Lantai depan pintu bilik server..banjir sket

Bos..! Bilik U pun kena.. ;p

Thursday, July 02, 2009

Kunjungan Ke-2

Kunjungan tuk kali ke 2 ni dibuat n dicadangkan oleh madam PKM. Dia nk nengok anak bos..dah lame dah plan so dptla luangkan masa ari ni. Madam dtg sorang je so kami (wati, tina, fiza, baha n pemuda) naik ngan madam le. Manakala fizal n wifenye (kak sab) follow dr blkng..Isa x mo pegi byk keje le katekan. Kak liza pun x pegi nnti nak amik ank sekolah lg..Atas nih..gambor madam tgh gendung anak bos..tgk la muke bos tuh berseri² kan..ehm cepat² masuk keje yer..

Dari kiri fiza, aku n tina la kan..suke nengok anak bos yg aktif tu..kecik lagi dah bijak. Matenye lawo kata baha..mmg pun. Org nye pun lawo dah beso esok..seblm tu saje nak amik kesempatan le..tudung yg aku pakai tu aku beli online kat sini. Jgn marah ek kawan² saje nk promote..wakakaka.. Suke ati le kan sbb aku yg update..(sila buat mcm blog sndiri ye) Madam pun dh tau tina n aku turut pregnant..wah meriah le kan! So madam..adiah fizal u dah standby kan..? Silalah standby adiah tuk kami jugak (x malunye) Wakakaka..

Ok..yg atas ni plak of course le kan gambor fizal ngan kak sab..diorng tgh pektis nih..hehe..ngam la kan..Tgk tu baby alesya asik tgk muka kak sab je..huhu..baby tgh scan le tu sbb kak sab pun pregnant..wah meriah lagi le IT. Pasni dlm blog ni aku nak buh gambor baby jer..sape yg x kawin lg tu nasib le ek..kome leh letak gambo anak tekak..hehe. Jgn jeles le..akan dtg anak² kami dah besor leh buli anak kome lak (blh ke cam ni?) Takde la..acah je la..jodoh sume tu di tgn Tuhan..mane tau thn dpn yg bujang² tu kawen..rasenye sume dah ade calon..hehe..cepat le ek..kami doakan..amin!

Tak best le kalo dh g umah bos x mkn kan..madam la nak blanje..kami pun ape lagi le sume pakat lapor terutama baha..hehe. Tp mase sume dah amik nasi lupe nak amik gambor kan..masing² dah kenyang baru teringat..hehe..amik ko pinggan masing² tggl sisa² jer...kenyang la kan sume senyum je mcm baha..makanan pun sodap²..mekasih pd tuan umah ye..kerana menaja lunch kami ri tu..

Ops..sblm luper la kan..ni la pemuda yg dimaksudkan. Acct namenye Fikhran tp si madam le mase dlm kete asik pggl pemuda je..mmg lawok le kan..pecah perut kami mase balik tu..madam mmg kelakor..x sangka plak..pemude ni pun layan je kan..Comei pemude nih..sape² yg berkenan meh la dtg IT..baik pun baik..elok sgt la kan..aku pun suke..senang x byk kerenah orgnye..tp jgn tak tau ek..matanye kalo merenung tajam..haishhh..takut aku..eee...ngeri ;p